BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 30 April 2012

usaha..pengorbanan..kecekalan

alhamdulillah...Ya Allah setinggi2 penghargaan ku berikan kepada-MU..da pun selamat dan 
selesai majlis pernikahan FYP kami semua.Kepada sahabat-sahabat MDD UNIKL MSI tahnia 
untuk korang semua cz berjaya mengharungi apa jua rintangan dan halangan semasa 
menyiapkan projek. Kenangan pahit dan manis ketika bersama insyaallah sentiasa akan 
abadi dalam diri ini. Semoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat.



sekitar FYP workshop
                                                 

gadis yang kental dan kuat


minggu-minggu terakhir


anas sebagai orang kuat group serai


pengalaman yang xdapat di tempat lain.. i love unikl

Thursday 26 April 2012

moody


sedihnya hati ini....

Saturday 21 April 2012

Tanpa kata-kata...

Alhamdulilah...hari ini hari yang indah aku rasa tapi bukan la hari yang lain tu tak indah cuma hari ini rasa indah sikit la..Ya Allah..terima kasih yang tidak terhingga sebab berikan aku sahabat2 yang baik...sahabat2 yang sama-sama susah dan sama-sama senang..Buat awak si kurus thanks a lot, sampai tak terkata dibuat nya.... moge ukhwah persahabatan kita akan kekal untuk selamanya...


saya hanya impikan sahabat dunia & akhirat ----> nadya <3

Sunday 15 April 2012

Kealpaan Hamba Allah

Alhamdulillah, aku panjatkan kesyukuran pada-NYA kerana masih memberi aku kesempatan untuk terus mendekatkan diri kepada-NYA dan memperbaiki kelemahan diri yang serba kekurangan ini. entry kali ini aku tertarik untuk menulis tentang kehidupan manusia yang alpa  pada janjinya terhadap Allah. Bukan mudah untuk kita jadi yang terbaik tetapi tidak mustahil untuk kita berubah menjadi yang terbaik.Setiap perubahan yang kita lakukan perlukan pengorbanan. Kita minta untuk hidup senang, kita minta untuk berjaya dalam kehidupan, kita minta pekerjaan yang setaraf dengan pendidikan yang kita ada, kita minta untuk dapat pasangan yang menepati citarasa kita, kita minta untuk lulus dalam semua ujian yang pensyarah bagi tapi kita lupa untuk beribadat kepada PENCIPTA kita yang Maha Esa. Hanya DIA tempat kita meminta, hanya DIA yang mampu menunaikan semua permintaan kita. Bila kita sedih kita cari DIA, kita menangis tanpa rasa segan untuk memohon sesuatu tetapi bila semuanya sudah tertunai kita langsung tidak mempedulikan. Mana pergi janji kita padaNYA saat pertama kali DIA memberikan nyawa pada jasad kita. Menggenggam tangan sekuat mungkin apabila roh dan jasad melihat dunia, saat itu kita telah berjanji untuk menjadi khalifah yang dapat menyebarkan agama Allah tetapi kealpaan manusia menyebabkan janji hanya tinggal janji. Manusia terus lalai dalam kehidupan dunia yang hanya sementara, kemewahan yang tiada nilainya berbanding ibadah kepada Allah. Sahabat-sahabatku yang disayangi selagi nyawa dikandung badan selagi itu lah kita mampu mencari redha Allah. Tetapkan lah iman dan tanamkanlah dalam diri sesungguhnya solat itu wajib, jangan hanya pandai meminta bila dalam kesusahan...yang baik itu datangnya dari Allah yang buruk itu adalah kelemahan tuan punya blog ni...renung-renungkan dan selamat beramal..(",)

Saturday 7 April 2012

Tiada Duka Yang Abadi

Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta di jalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan di jalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Ya Allah kami mencari redha-MU dalam meneruskan kehidupan yang sementara ini. Kami mencari sinar cahaya-MU yang sentiasa menyinari seluruh hidup kami.Tetapkanlah iman kami supaya kami mampu untuk lebih dekat dengan-MU......amin...(",)

Tuesday 3 April 2012

IkhlaS dalam menuntut ilmu .........part 2 ........

Aku tidak berhenti hanya disitu,aku meneruskan langkah aku ke peringkat diploma dan Alhamdulilllah aku juga mampu menjejakkan kaki ku ke Universiti.Aku diberi peluang untuk menuntut ilmu di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute, alangkah gembira nya aku walaupun bukan USM,UPM,UTM atau universiti terunggul tp di UNIKL la aku dapat belajar pelbagai ilmu yang aku sendiri xsangka di beri peluang sebegitu, walaupun x sehebat atau sehandal pelajar2 lelaki di sini tapi aku mampu untuk bersaing secara sihat dengan mereka.Alhamdulillah diam x diam pejam celik pejam celik aku da pon berada di destinasi terakhir untuk mendapat kan diploma.Bukan mudah untuk aku melangkah sampai ke level ini dengan grade yang cemerlang. Allah masih membuka jalan kejayaan untuk aku.Alhamdulillah aku akan teruskan untuk beberapa bulan yang terakhir ini.Semoga kejayaan milik aku dan sahabat2 seperjuangan aku di sini. Cuma 1 yang aku nak nasihatkan pada kawan2 aku yang aku sayang, buat la semampu yang kita boleh dan jujur dalam setiap ujian or kuiz, yakin pada diri dan kemampuan akal kita Insyallah Allah akan membantu kita untuk mendapat result yang cemerlang. gud luck kawan2 untuk semester terakhir ni...(",)



IkhlaS dalam menuntut ilmu .........part 1 ........

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berkongsi cerita dengan sahabat2 semua.Bak kata orang dulu la
  kan menuntut ilmu biar lah sampai ke negeri China..opkos jauh kan tp pada aku menuntut ilmu biarlah sampai ke hujung nyawa sebab selagi kita diberi nyawa selagi itulah kita perlu menuntut ilmu.Bukan senang kita nak mencapai sesuatu kejayaan dalam hidup ini dan bukan susah juga untuk kita gagal dalam hidup ini.
Aku juga pernah merasai kegagalan, pernah juga rasa putus asa sebab aku gagal dalam menentukan hala tuju aku after SPM...orang kata SPM adalah penentu segalanya tapi aku nekad untuk teruskan menuntut ilmu walaupun bukan di Universiti-universiti terkenal di Malaysia ni..Keputusan aku hanya layak berada di bahagian kemahiran dan akhirnya IKM Jasin la tempat aku meneruskan langkah perjalanan ini.Dengan berbekalkan niat kerana Allah aku teruskan menuntut ilmu sampai ke semester terakhir.Alhamdulillah Allah xpernah benci pada hamba-hambaNya dan DIA masih memberi aku peluang untuk mencapai kejayaan. Aku diberi tempat yang sama dengan pelajar-pelajar cemerlang yang lain.
Alhamdulillah n aku panjatkan Kesyukuran yang tidak terhingga kepada-Nya kerana masih memberi aku peluang untuk membanggakan orang tua aku dan aku mampu membuat mereka tersenyum saat melihat aku naik ke pentas untuk segulung sijil.