BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 3 April 2012

IkhlaS dalam menuntut ilmu .........part 1 ........

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berkongsi cerita dengan sahabat2 semua.Bak kata orang dulu la
  kan menuntut ilmu biar lah sampai ke negeri China..opkos jauh kan tp pada aku menuntut ilmu biarlah sampai ke hujung nyawa sebab selagi kita diberi nyawa selagi itulah kita perlu menuntut ilmu.Bukan senang kita nak mencapai sesuatu kejayaan dalam hidup ini dan bukan susah juga untuk kita gagal dalam hidup ini.
Aku juga pernah merasai kegagalan, pernah juga rasa putus asa sebab aku gagal dalam menentukan hala tuju aku after SPM...orang kata SPM adalah penentu segalanya tapi aku nekad untuk teruskan menuntut ilmu walaupun bukan di Universiti-universiti terkenal di Malaysia ni..Keputusan aku hanya layak berada di bahagian kemahiran dan akhirnya IKM Jasin la tempat aku meneruskan langkah perjalanan ini.Dengan berbekalkan niat kerana Allah aku teruskan menuntut ilmu sampai ke semester terakhir.Alhamdulillah Allah xpernah benci pada hamba-hambaNya dan DIA masih memberi aku peluang untuk mencapai kejayaan. Aku diberi tempat yang sama dengan pelajar-pelajar cemerlang yang lain.
Alhamdulillah n aku panjatkan Kesyukuran yang tidak terhingga kepada-Nya kerana masih memberi aku peluang untuk membanggakan orang tua aku dan aku mampu membuat mereka tersenyum saat melihat aku naik ke pentas untuk segulung sijil.

0 comments: